Permohonan Tutor

Permohonan Menjadi Tutor di Pandai Tutor


PANDAI Tutor adalah sebuah inisiatif untuk membantu pelajar-pelajar sekolah untuk belajar ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Kami mencari tutor-tutor yang berminat untuk terlibat dalam inisiatif ini.
Semua sesi pengajaran akan diadakan secara atas talian (online) oleh tutor-tutor dari rumah masing-masing.

Syarat-syarat kelayakan:
📚 Tamat pengajian dalam ijazah sarjana muda.
📚 Berumur 24 tahun ke atas.
📚 Mempunyai pengalaman mengajar secara online.

Kelebihan menyertai PANDAI Tutor:
🌷 Mengisi aktiviti ketika tempoh PKP.
🌷 Menimba pengalaman mengadakan webinar dan pengajaran online.
🌷 Mampu menjana pendapatan.
🌷 Meningkatkan kemahiran mengajar.

Tutor akan terlibat dalam:
  1. Webinar Online: sesi 1 jam percuma, terbuka kepada semua.
  2. Tusyen Online: sesi 1 jam berbayar, setiap sesi maksimum 25 pelajar.

Tutor akan mendapat bayaran berikut:
  1. Webinar Online: RM60 untuk 3 sesi.
  2. Tusyen Online: RM6 setiap pelajar (jadi maksimum RM150 jika ada 25 pelajar dalam sesi tersebut).
Setiap tutor boleh menggunakan material sendiri untuk mengajar, dan boleh mengajar dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Garis panduan tambahan tentang bagaimana menguruskan & mengadakan sesi-sesi pengarajan online akan dikongsikan kepada semua tutor setelah mereka terpilih sebagai PANDAI Tutor.
Sekiranya anda menepati syarat di atas dan berminat menjadi tutor di PANDAI Tutor, sila isikan broang permohonan ini:

KLIK DI SINI UNTUK MOHON MENJADI TUTOR