Pandai menawarkan bahan tambahan untuk persediaan pelajar yang berminat untuk menyertai pelbagai pertandingan pendidikan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Kesemua pertandingan ini diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, yang membolehkan para pelajar memperolehi markah kokurikulum.
Dengan melanggan Pandai Premium, pelajar boleh menikmati SEMUA kelebihan berikut:
Kategori | Pertandingan | Tahap | Format |
---|---|---|---|
Persediaan Pertandingan | Kangaroo (Matematik) | Tahun 1 - Tingkatan 6 |
Kertas Sampel
|
Beaver (Pemikiran Komputasional) | Tahun 1 - Tingkatan 6 | ||
Kancil (Sains) | Tahun 1 - Tingkatan 6 | ||
Kijang (Ekonomi) | Tahun 1 - Tingkatan 5 | ||
MyAO (Olimpiad Astronomi) | Tingkatan 1 - Tingkatan 6 | ||
MyESO (Olimpiad Sains Bumi) | Tingkatan 1 - Tingkatan 6 | ||
MyCLO (Olimpiad Komputasional Linguistik) | Tingkatan 1 - Tingkatan 6 |
Ambil maklum bahawa Pandai hanya menyediakan bahan persediaan untuk persiapan pertandingan berikut sahaja.
Kesemua pertandingan berikut bukan dianjurkan oleh Pandai, tetapi oleh organisasi yang lain. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, termasuk cara untuk menyertai pertandingan, anda boleh layari laman web rasmi penganjur.
Kangaroo Math Competition yang berasal dari Perancis merupakan pertandingan matematik tahunan yang terbesar di dunia dengan disertai oleh lebih 6 juta peserta dari 82 buah negara pada tahun 2019. Kangaroo telah dianjurkan di Malaysia sejak tahun 2013. Pada tahun 2019, lebih 42,000 pelajar dari seluruh Malaysia telah menyertai Kangaroo.
Info yang lebih lanjut boleh didapati di www.kangaroomath.com.my
Competition merupakan pertandingan atas talian yang memperkenalkan konsep sains komputer and penyelesaian masalah logik. Pertandingan ini berasal dari Lithuania dan telah dianjurkan di 65 buah negara untuk menggalakkan minat pelajar dalam bidang teknologi informasi, informatik dan sains komputer.
Info yang lebih lanjut boleh didapati di www.beaver.my
Kancil Science Competition merupakan pertandingan sains tahunan yang menggalakkan minat pelajar dalam bidang sains dan budaya Malaysia. Pertandingan ini membolehkan para pelajar untuk mengaplikasikan skil kemahiran sains berasaskan penyelidikan yang dipelajari di sekolah. Pada tahun 2019, hampir 10,000 pelajar dari seluruh Malaysia telah menyertai Kancil.
Info yang lebih lanjut boleh didapati di www.kancilscience.my
Kijang Economics Competition merupakan pertandingan ekonomi tahunan peringkat kebangsaan. Pertandingan ini bertujuan untuk menguji pengetahuan pelajar dalam bidang ekonomi, keusahawanan, literasi kewangan dan bisnes. Soalan-soalan Kijang digubal dengan cara yang unik bagi mengetengahkan konsep ekonomi dan kewangan kepada pelajar.
Info yang lebih lanjut boleh didapati di www.facebook.com/KijangEcoMy
Muat turun aplikasi Pandai di telefon atau tablet anda. Belajar setiap hari, di mana sahaja, dengan aplikasi Pandai. Pandai juga tersedia di web, jika anda lebih suka belajar menggunakan pelayar internet anda (di komputer desktop, komputer riba atau mudah alih). Cuma log masuk ke Pandai versi web.