Pasukan Kepimpinan

CEO

Khairul Anwar / CEO

COO

Suhaimi Ramly/ COO

CTO

Akmal Akhpah/ CTO

Head of Product

Raja Nazatul/ Product Head

Cerita Pengasas Kami

Para pengasas Pandai - Khairul, Akmal dan Suhaimi- telah mengenali satu sama lain sejak zaman persekolahan. Mereka menamatkan Ijazah Sarjana Muda di universiti di Amerika, seperti Purdue University, Rensselaer Polytechnic Institute (RPI), dan the Massachusetts Institute of Technology (MIT). Selepas tamat pengajian, mereka telah bekerja dengan pelbagai syarikat antarabangsa seperti Motorola, Intel dan Khazanah Nasional.

Pada tahun 2007, mereka telah berjumpa untuk makan tengahari di KL, di mana mereka bermain-main dengan idea untuk membina perniagaan bersama. Sejak daripada itu, mereka bertiga telah bersatu dalam perjalanan keusahawanan mereka, yang telah melalui banyak syarikat berbeza dan menyeberangi pelbagai industri.

Khairul, Akmal dan Suhaimi telah mengasaskan Aidan Group, iaitu sekumpulan syarikat keusahawanan yang berteraskan teknologi dan pendidikan.

Antaranya adalah Ardent Edu, yang merupakan syarikat perundingan pendidikan yang memfokuskan polisi dan program pendidikan. Setelah beberapa tahun melaksanakan program pendidikan, Ardent Edu telah terlibat dengan 2800+ sekolah dari seluruh Malaysia.

Ardent Edu juga menganjurkan empat pertandingan akademik dan lima program olympiad kebangsaan. Lebih daripada 75,000 pelajar telah mengambil bahagian dalam program-program tersebut pada tahun 2019 sahaja.

Selain daripada menjadi usahawan bersiri, para pengasas sentiasa meminati bidang pendidikan dan mempunyai pengalaman bertahun- tahun sebagai penyokong pendidikan di Malaysia.

Khairul berkhidmat sebagai president Malaysian Computational Thinking Association, ahli International Bebras Community (IBC) dan juga juri antarabangsa untuk Linguistics Olympiad (APLO).

Akmal adalah peneraju teknologi di Aidan Tech, sebuah perisian dalaman yang memfokuskan pembinaan aplikasi untuk sektor awam dan sektor swasta. Selama bertahun- tahun, beliau telah memimpin pasukan teknikal dan menyelesaikan lebih daripada 120 projek transformasi pendigitalan.

Suhaimi memiliki pengalaman bertahun-tahun dalam bidang pendidikan, daripada polisi pembangunan sehingga ke reka bentuk kurikulum. Beliau pernah berkhidmat sebagai ketua jurulatih untuk pasukan Malaysia bagi International Mathematical Olympiad (IMO). Beliau juga telah membawa pertandingan Matematik terbesar di dunia, iaitu Kangaroo Math Competition, ke Malaysia.

Suhaimi merupakan seorang peminat matematik sepanjang hayat dan telah mereka logo Pandai berdasarkan pesawat Fano ,yang pernah beliau temui di dalam buku teks geometri.

Lebih daripada 300 Perunding Pandai yang berdedikasi

Bagi menyebarkan mesej perjuangan kami, sambil kami terus fokus dalam mengembangkan aplikasi pembelajaran yang berkesan, kami telah menggerakkan sebuah program ejen untuk mengedarkan Pandai ke seluruh negara sejak 1 April 2021.

Pengetahuan tempatan ejen serta hubungan yang terjalin bersama ibu bapa dan para guru telah berjaya meningkatkan jumlah langganan Pandai Premium. Sejurus selesai pengaktifan akaun, kami akan menghubungi para pelanggan untuk memberikan sokongan teknikal kepada pengguna.

Sebagai produk digital berskala yang tidak memerlukan pengedaran secara fizikal, para ejen mendapat komisen bagi setiap langganan berbayar yang dirujuk. Kami berhubung dan menyokong ejen kami secara konsisten, dari segi penjenamaan dan imej aplikasi kami.

Ejen Pandai adalah sebahagian daripada Komuniti Pembelajaran kami; sesi latihan kerap dianjurkan bagi mendidik mereka tentang ciri-ciri terbaru dalam aplikasi yang dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.

Our Advisors

Dato’ Dr. Noraini

Prof. Dato’ Dr. Noraini Idris / Advisor

Dato' Nik

Dato’ Nik Mohd Amin Nik Majid / Advisor

Dato’ Dr. Noraini

Dr. Kalaivani Chellapan / Advisor

Dato' Nik

Dato’ Nik Mohd Amin Nik Majid / Advisor

Dato’ Dr. Noraini

Prof. Dato’ Dr. Noraini Idris / Advisor

Dato' Nik

Dato’ Nik Mohd Amin Nik Majid / Advisor

Sertai Pandai Sekarang

Jangan tunggu lagi. Lebih dari 250, 000 murid mempelajari sesuatu yang baru bersama Pandai setiap hari.

Download Now Download Now
Pandai