Pendidikan Untuk Semua
Pandai komited untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan peribadi untuk semua.
Kami percaya pada pendemokrasian pembelajaran untuk memastikan bahawa setiap anak Malaysia mendapat akses kepada pendidikan berkualiti. Kami komited untuk memperkasakan anak-anak di kawasan yang paling terpencil dan masyarakat yang ketinggalan melalui program pembelajaran berasaskan teknologi.
Untuk pertama kalinya dalam sejarah, teknologi digital memberi kita peluang untuk benar-benar membawa pendidikan kepada semua orang, tanpa mengira lokasi geografi, kerangka bahasa dan budaya anak-anak, atau akses infrastruktur seperti sekolah dan pengangkutan. Pendidikan akan mendorong peningkatan sosial, terutama di kalangan golongan muda - itulah sebabnya kita harus berusaha lebih gigh untuk memberikan peluang pendidikan walau di mana ada mereka berada.


Misi Sosial Kami
Mencapai dan memberi impak kepada 100,000 kanak-kanak dari komuniti yang ketinggalan menjelang tahun 2022



Agenda Sosial Kami
-
Menyampai pendidikan melalui teknologi
Teknologi membantu meningkatkan capaian pendidikan dan memungkinkan untuk berhubung dengan pelajar di seluruh negara tanpa mengira lokasi.
-
Menyediakan pendidikan yang diperibadikan
Setiap kanak-kanak adalah unik, dan masing-masing belajar secara berbeza. Kami menyediakan pembelajaran sesian dengan keperluan pembelajaran setiap anak.
-
Menjadikan pendidikan inklusif dan menyeronokkan
Memberikan pengalaman pembelajaran yang menarik untuk pelajar. Kami yakin belajar juga menyeronokkan.
Program Sosial Kami
Bersama Menyumbang ke Pendidikan Untuk Semua
![]() |
Korporat
Kembangkan impak inisiatif CSR anda: Dengan sokongan anda, kami dapat menjangkau 100,000 pelajar. Bekerjasama dengan kami untuk memperkukuhkan program CSR anda dan memberi lebih impak kepada kehidupan anak-anak yang ketinggalan. Pembelajaran dengan teknologi mempunyai kekuatan untuk memperkasa dan memperluas aktiviti CSR anda. Kami akan menawarkan kandungan kajian kami secara percuma untuk diedarkan kepada benefisiari anda. |
![]() |
Organisasi Sosial
Tingkatkan capaian anda: Sebagai organisai sosial, capaian anda di ke akar umbi dapat benar-benar membantu komuniti yang ketinggalan. Jadikan capaian anda berkesan dengan memberikan kandungan pembelajaran Pandai kepada komuniti dan sekolah tempat anda berkhidmat. Pengalaman anda, ditambah dengan kandungan pembelajaran interaktif kami, dapat membantu kita mencapai matlamat bersama. |
![]() |
Individu Jadilah pemangkin perubahan: Realisasikanlan perubahan yang anda mahu lihat di dunia. Tindakan anda boleh memberi kesan positif kepada seorang anak yang ketinggalan. Anda boleh menyumbangkan peranti digital atau membiayai pendidikan anak yang memerlukan atau menjadi sukarelawan untuk membimbing mereka.> |