Soalan Lazim (FAQ)

Isi Kandungan Pandai

Semua bahan pembelajaran Pandai digubal selari dengan KSSM & KSSR yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Jadi anda boleh menggunakan Pandai untuk melengkapi kurikulum sekolah di Malaysia.

Isi kandungannya selari dengan Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran (DSKP) dan dibahagikan mengikut tahap, subjek, bab, topik, subtopik dan tahap penguasaan.

Isi kandungan Pandai boleh didapati dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (untuk Dual Languange Programme DLP).

Bahan pembelajaran dalam Pandai digubal oleh guru-guru yang berpengalaman, penulis dan editor dalaman.

Pandai juga berkolaborasi dengan penerbit pendidikan yang terkenal demi menghasilkan isi kandungan yang berkualiti tinggi.

Pelajar mendapat bahan pembelajaran berkualiti tinggi (kuiz harian, ujian, peperiksaan) yang bertepatan dengan kurikulum kebangsaan.

Setiap soalan disertakan dengan jawapan yang betul, jalan penyelesaian, dan penerangan yang terperinci, supaya pelajar dapat belajar secara berterusan, memantau perkembangan mereka, dan meningkatkan prestasi di sekolah.

Penggunaan Pandai

Pandai boleh diakses dengan menggunakan iPhone/iPad (iOS), telefon/tablet (Android)dan pelbagai jenis Komputer/Laptop (Web).

Aplikasi Pandai Android App & iOS App boleh diakses menggunakan peranti mudah alih seperti telefon dan tablet.

Versi Web version boleh diakses dengan menggunakan pelayar internet pada komputer dan laptop.

Aplikasi mudah alih Pandai boleh dimuat turun daripada Apple App Store (untuk iOS) dan Google Play (untuk Android).

Untuk bantuan dan maklumat lebih lanjut, anda boleh emelkan ke [email protected] atau hubungi kami di talian +6017-3322464.

Langganan Pandai Premium

Pandai Premium membolehkan anda memperolehi manfaat dan akses yang maksimum daripada aplikasi Pandai.

Versi yang percuma menyediakan hanya 5 soalan kuiz harian untuk setiap subjek, manakala Pandai Premium menawarkan soalan kuiz harian untuk setiap subjek, dan bahan-bahan lain seperti ujian topikal, persediaan untuk pertandingan, dan peperiksaan.

Banyak lagi ciri-ciri baru yang akan diperkenalkan dalam Pandai Premium.

Anda boleh menikmati Pandai Premium dan kesemua manfaatnya dengan hanya RM108 setahun - bayaran itu bersamaan dengan kurang daripada RM0.30 sehari, satu tawaran yang hebat!

Anda boleh mendapatkan kata laluan untuk Pandai Premium dengan melanggan di sini: Dapatkan Kata Laluan Premium

Setelah bayaran dibuat, anda akan menerima kata laluan Pandai melalui emel.

Sekiranya bayaran dibuat melalui Perbankan Internet, anda akan menerima kata laluan dengan serta merta. Sekiranya bayaran dibuat melalui Pemindahan Bank Secara Manual, anda akan menerima kata laluan dalam tempoh 24 jam.

Kata laluan akan diemelkan selepas pihak sekolah menghantar pendaftaran untuk pertandingan. Kami memerlukan 24 hingga 48 jam untuk memproses pendaftaran daripada pihak sekolah dan menghantar kata laluan Pandai Premium.

Kata laluan akan diemelkan kepada guru bertugas untuk diserahkan kepada pelajar yang terlibat.

Tidak, anda tidak perlu melanggan Pandai Premium yang lain. Selagi langganan anda masih aktif, anda layak mendapatkan akses ke semua bahan pembelajaran Pandai Premium termasuk bahan persediaan untuk pertandingan-pertandingan yang lain.

Bahan persediaan bagi satu-satu pertandingan hanya akan dikeluarkan 30 hari sebelum hari pertandingan sebenar.

Tidak, pelajar tidak boleh berkongsi akaun Pandai yang sama.

Walaupun tahap boleh diubah secara teknikal untuk mengakses bahan daripada tahap yang lain, Pandai dicipta untuk seorang pengguna sahaja. Pandai memantau penyertaan pengguna dalam kuiz harian, markah, lencana dan sebagainya. Sekiranya digunakan oleh lebih daripada seorang pengguna, laporan yang terhasil dari segi aktiviti, sejarah dan prestasi pengguna menjadi tidak tepat.

Ya, anda boleh membatalkan langganan Pandai Premium.

Setelah anda membatalkannya, kad anda tidak akan dicas lagi untuk langganan tempoh yang seterusnya. Bayaran yang telah dibuat untuk langganan tempoh terkini tidak akan dikembalikan semula.

Anda akan menerima mesej peringatan setiap kali sebelum tempoh langganan terkini anda berakhir.

Anda boleh melihat status langganan di dalam aplikasi Pandai anda (selepas anda log masuk).

Untuk bantuan dan maklumat lebih lanjut, anda boleh emelkan atau hubungi kami di talian +6017-3322464.

Pandai merupakan cara yang paling efektif untuk pelajar sekolah menguasai satu-satu topik dalam kurikulum sekolah dan akan menjadi lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Aplikasi Pandai mengandungi kuiz-kuiz berkualiti tinggi, ujian, dan peperiksaan, yang dilengkapi dengan jawapan yang betul, jalan penyelesaian dan penerangan yang terperinci.

Dengan Pandai, pelajar boleh berlatih setiap hari, memantau perkembangan mereka, mengumpul ganjaran, dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan di sekolah.

Lebih dari 100,000 pelajar menggunakan Pandai

Dapatkan aplikasi Pandai sekarang!

Muat turun aplikasi Pandai di telefon atau tablet anda.
Belajar setiap hari, di mana sahaja, dengan aplikasi Pandai.

Pandai juga tersedia di web, jika anda lebih suka belajar menggunakan pelayar internet anda (di komputer desktop, komputer riba atau mudah alih). Cuma log masuk ke Pandai versi web.